Dato Haji Tajuddin Bin Abdur Rahman (Tok Ayah).

  Kali ini aku ketengahkan pula bekas pengetua sekolah mengengah aku dulu dan juga sebagai seorang tokoh ulama yang tidak kurang hebatnya dalam menyumbang bakti kepada masyarakat setempat di nusantara, Tuan guru Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah dalam kalangan masyarakat setempat dan juga murid-murid beliau.
   Beliau merupakan anak ke-8 daripada 11 orang adik beradik, pendidikan awal beliau bermula dari ayahnya sendiri yang merupakan guru di pondok Batu 1,Jalan Sungai Korok, Alor Setar. Manakala pendidikan al-Quran pula diperoleh daripada ibunya sendiri iaitu Nik Doh.
   ketika beliau mencapai usia 10 tahun beliau telah dihantar oleh ayahnya sendiri ke Makkah untuk menuntut ilmu agama secara lebih mendalam.ketika di Makkah beliau telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Darul Ulum.ketika disinilah beliau telah mempelajari ilmu seperti Ilmu fekah,usul fekah, matematik, sains,nahu sorof,mantik,arudh,tafir, hadis, tauhid, dan tasauf.
   ketika pengajian beliau di Makkah, beliau telah berguru dengan beberapa orang ulama lain antaranya adalah, Sheikh Hasan al Masyalt, Sayyid 'alawwi, sheikh Ali al Maliki, Sheikh Shaffie Kedah, Sheikh Ismail abdul Qadir al fatoni, dan lain-lain lagi ulama.
    Dalam membicarakan perihal hidup Tok Ayah tidak sah jika tidak kita kaitkan hidup beliau tentang penubuhan sebuah insitusi pendidikan agama di negeri Kedah Darul aman iaitu Madrasah Nahdhah Hasanah atau lebih mesra dikenali dengan nama Melele bagi penduduk negeri Kedah.

     
     Setelah pulang dari Makkah pada tahun 1946, beliau telah dilantik menjadi mudir pertama oleh penduduk setempat.Keadaan di Melele pada ketika itu adalah sangat mencabar dengan dipenuhi oleh hutan rimba, binatang buas dan ketiadaan bekalan air dan eletrik.Keadaan masyarakat disitu pada ketika itu adalah sangat teruk dengan kebanyakkannya megamalkan pelbagai perbuatan syirik dan tahyul, bermula dari sini lah beliau berusaha untuk mengubah lanskap kehidupan masyarakat Melele pada ketika itu.
         Dato' Haji  Tajuddin Bin Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 11 mei 2000 bersamaan 7 Safar 1421  (khamis) pada pukul 8.00 malam. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.Al-fatihah.
   

Comments

Popular posts from this blog

Perkelahan di Pantai Pasir Pandak, Sarawak

Definition of intervention

Ahmad Deedat(part 2)