Sejarah ringkasTok Kenali

  Dalam membicarakan tokoh-tokoh ulama semenanjung tanah melayu, tok kenali ialah yang paling kerap menjadi perbualan dalam kalangan pengkaji-pengkaji sejarah, sedikit mengenai tokoh ulama kelahiran negeri Kelantan ini, nama beliau ialah Mohd Yusuf bin Ahmad, beliau sememangnya seorang yang cintakan ilmu agama,mendalami ilmu ugama ketika berusia 10 tahun kemudiannya pada usia 18 tahun beliau telah menyambung pengajiannya untuk mendalami ilmu agama di makkah selama 22 tahun (suatu jangka masa yang cukup panjang),tok kenali merupakan ulama pertama yang memperkenalkan ilmu nahu saraf didalam sistem pengajian pondok di tanah melayu, beliau sangat pakar dalam bidang ini sehinggakan menerbitkan karya beliau sendiri dalam ilmu nahu saraf.
   Antara guru beliau ketika di Makkah ialah Syeikh Ahmah al-Fathani, seorang ulama besar dari nusantara yang mengajar di Makkah, sejak dari awal kedatangan To Kenali ke Makkah lagi Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui Tok kenali bukanlah calang-calang pemuda.
   Kisah Tok Kenali sewaktu beliau tiba di Makkah  terselit dengan pelbagai peristiwa aneh, sepanjang permulaan ketibaan beliau di makkah beliau hanya tinggal di Masjidil Haram,tidak seperti pelajar lain yang selalu membawa kitab untuk menelaah pelajaran tetapi  beliau  tidak mampu untuk membeli kitab-kitab untuk menelaah pelajaran beliau disebabkan masalah kewangan , beliau hanya membaca kitab di kedai-kedai kitab(setelah dengan izin penjual),tetapi itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menimba ilmu..benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.W.." 2 golongan yang tidak pernah puas dengan hidup mereka iaitu pencari dunia dan pencari ilmu".
       
   


       Sepanjang tempoh pengajian beliau di Makkah, beliau sempat belajar dengan syeikh Ahmad al-fathani.Tok kenali juga merupakan antara murid yang menjadi kesayangan Syeikh Ahmad al-Fathani,sepanjang tempoh beliau diMakkah beliau telah berkhidmat sebagai khadam kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.
   Boleh dikatakan semua murid Tok Kenali yang pernah menuntut ilmu denga beliau mendapat tempat dalam masyarakat, antara khidmat yang dilakukan disini adalah seperti menyiram  Tok Kenali ketika mandi, dan ada juga anak murid beliau yang membasuh beraknya ketika beliau buang air besar.




Comments

Popular posts from this blog

Perkelahan di Pantai Pasir Pandak, Sarawak

Definition of intervention

Ahmad Deedat(part 2)